Siakap Keli

Ini Yang Terjadi Pada Tubuh Badan Anda Jika Kurang Pengambilan Sayur

Sayur mempunyai pelbagai kebaikan untuk tubuh badan seperti vitamin, mineral dan serat makanan yang sihat serta beberapa lagi (mengikut jenis sayur).

Ia juga mampu melindungi anda dari penyakit berbahaya seperti kanser, diabetes dan penyakit jantung. Serat makanan dari sayuran juga membantu menurunkan kadar kolestrol darah.

Tetapi jika kurang memakan sayur, akan menyebabkan pelbagai masalah kepada tubuh badan anda. Seterusnya, mengganggu rutin harian.

  • Sering merasa letih

Pernahkah anda merasa letih sepanjang hari? Ia berkemungkinan kerana kekurangan folik atau asid folik. Kekurangan folik menyebabkan kelelahan dan anemia. Ia juga berperanan dalam sintesis dan membaiki DNA.

Folik adalah vitamin B9 yang ada dalam sayuran berdaun hijau tua seperti kacang merah, bayam dan sebagainya. Oleh itu, anda disarankan untuk memakannya jika mengalami masalah seperti diatas.

  • Ketahanan tubuh menurun

Pengambilan sayur berdaun hijau tua membantu memperkuatkan sistem ketahanan badan anda dan memberi anda zat besi yang melimpah serta antioksidan.

Disebabkan itu, kekurangan sayuran dalam makanan anda serta nutri penting (vitamin C) akan membuatkan tubuh kurang ‘kebal’ bagi melawan virus dan bakteria.

  • Daya ingatan menurun

Jika anda kadang-kala terlupa sesuatu adalah normal. Namun, jika anda gagal untuk mengingati sesuatu hal-hal yang mudah, berkemungkinan petanda anda kurang mendapatkan nutrisi yang mencukupi.

Justeru, lutein dan nutrisi telah membuktikan mampu meningkatkan daya ingatan. Ia ditemukan dalam wortel, sayuran hijau, brokoli, jagung dan tomato. Nutrisi ini juga dapat membantu melindungi dari katarak dan degenarasi makula.

  • Susah nak atasi stress

Terdapat pelbagai makanan yang akan mempengaruhi stress anda. Keradangan adalah tindakbalas semulajadi tubuh anda jika stress. Kegagalan anda mengatasinya dengan baik, radang akan memberi kesan buruk pada tubuh anda.

Cara pencegahan adalah memakan makananan seperti salmon, tuna, sayuran berdaun hijau serta buah-buahan seperti stawberi dan ceri.

  • Lebam

Jika anda kurang pengambilan vitamin c, ia akan mendedahkan diri anda kepada masalah gusi berdarah, keletihan, ruam, rimas (seolah-olah lemas), lebam, luka (kecil) serta kecepatan penyembuhan luka menurun.

Oleh itu, amatlah penting untuk kita memakan makanan kaya vitamin C seperti paprika merah dan kangkung.

  • Kram otot rawan

Kandungan potasium membantu mencegah kram otot, terutamanya saat anda bersukan. Kalium merupakan mineral essential dapat membantu mencegah kram otot dan kembung perut.

Selain itu, kalium juga berfungsi mencegah tekanan darah tinggi, gangguan jantung, ginjal dan kecemasan serta stres. Ia juga daat meningkatkan kekuatan otot dan metabolisme.

Banyakkan makan sayur yang kaya kalium seperti bayam, brokoli, kentas dan sebagainya.

  • Senang terkena jangkitan

Sistem kekebalan yang lemah, malnutrisi dan kurangnya memakan sayur adalah tandanya.

Tanpa nutrisi yang sesuai, kekebalan tubuh menjadi lemah bagi melawan patogen berbahaya dan tubuh anda gagal melindungi diri daripada jangkitan dalam waktu singkat.

Justeru, anda disarankan agar mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan anda bagi menghindari penyakit dan masalah kesihatan.

  • Masalah pencernaan

Kembung perut dan susah ke tandas adalah petanda jelas anda kekurangan serat dan kurang makan sayur.

Serat di dalam sayur membantu anda memudahkan proses pencernaan serta menjaga aturan usus anda.

  • Berat badan susah turun

Sayuran mempunyai serat yang mampu membuatkan anda berasa kenyang sehingga tidak merasa lapar keesokan harinya.

Di samping itu, memakan sayuran rendah kalori (kebanyakkannya) dapat mengurangi rasa lapar sekaligus memberi nutrisi penting untuk anda. Ia tidak akan menambahkan kalori dalam badan anda tetapi menyihatkan badan anda.

  • Memiliki masalah penglihatan

Sayuran berwarna seperti lobak merah dan sayuran hijau yang mengandungi karotena membantu mencegah masalah penglihatan dan meningkatkan prestasi visual mata.

Seterusnya, karotena juga membantu memberikan tindakan perlindungan terhadap katarak dan mencegah degenerasi makula serta penyakit mata terkait penuaan lainnya.

Sumber: CNN Indonesia

Atiqah Aliah