Siakap Keli
Foto: National Geographic

Keadaan Gelap Dan Seram, Ini 9 ‘Makhluk’ Aneh Hidup Di Dasar Laut Hingga Cecah Kedalaman Lebih 5,000 meter

Sebenarnya manusia pun tak tahu sebenarnya ada kehidupan lain yang hidup di dasar laut dengan kedalaman 1,000 kaki hingga 5,000 meter dan berada di dalam kegelapan yang kekal. Ekspedisi National Geographic ini telah menemukan beberapa spesis haiwan yang sangat pelik dan belum pernah dlihat oleh manusia.

Jadi, SK ingin kongsikan 9 foto makluk dasar laut yang ‘unik’ ditemui oleh para saintis.

1. Frilled Shark

Foto: National Geographic

Ia sangat jarang ditemui oleh manusia kerana jerung ini lebih gemar tinggal di lautan dalam dan kedalaman hingga 5,000 kaki atau 1,500 meter di dasar laut.

Jerung ini dipercayai antara haiwan yang masih hidup sejak zaman dinosaur. Mempunyai saiz sehingga 5.3 kaki, haiwan ini ditemui  pada kali pertama di perairan Jepun tahun 2007 dan dipindahkan ke taman laut. Namun, ia mati selepas beberapa jam ditangkap.

2. Ketam labah-labah gergasi

Foto: National Geographic

Kalau sebut labah-labah yang berkaki lapan mesti ramai yang fobia. Tetapi bagaimana pula jika anda penggemar makanana laut dan ianya berkaki lapan? Adakah anda akan fobia juga? Apa yang dimaksudkan ini adalah ketam labah-labah gergasi yang hidup di dasar laut dengan kedalaman hingga 300 meter.

Haiwan ini sangat ‘rare’ dengan berukuran 12 kaki dan tinggal di perairan Jepun. Gambar ini diambil oleh David Doubilet di Teluk Sagami, Jepun.

3. Atlantic Wolffish Pair

Foto: National Geographic

Ikan ini memilik wajah yang pelik dan menggerunkan tinggal di laut dengan kedalaman 1,600 kaki di dasar laut. Ikan ini mempunyai saiz sehingga 5 kaki dan memiliki gigi yang tidak teratur, sesuai untuk dietnya yang hanya memakan kerang, ketam dan landak laut. Pasangan ini ditemui di perairan pantai Maine, Amerika Syarikat.

4. Fangtooth Fish

Bagaikan mimpi ngeri jika korang terjumpa ikan ini. Mempunyai gigi yang jarang dan tajam serta antara ikan yang mempunyai gigi terpanjang dari badannya. Habitat haiwan ini tinggal pada kedalaman 6,500 kaki hingga 16,500 kaki (5,000 meter). Ikan fangtooth ini berukuran 6 inci sahaja tetapi giginya lebih panjang dari saiz badannya.

5. Six-Gill Shark

Ikan jerung enam insang ini akan menjelajah ke dasar laut pada siang hari dengan kedalaman 2,500 meter kemudia ia bergerak ke permukaan pada waktu malam untuk mencari makanan. Haiwan ini berukuran 4.8 meter. Makanan yang dimakan oleh haiwan ini seperti sotong, ketam , anjing laut serta beberapa lagi.

6.  Giant Tube Worms

Tekanan untuk hancur, suhu beku dan kurang cahaya matahari tidak cukup untuk mencabar makhluk dasar laut ini. Haiwan ini telah menyesuaikan diri hidup di dasar laut dengan kedalaman jauh 2.4 kilometer. Ia juga akan muntahkan air yang panas dengan bahan toksik kimia. Gambar ini diambil oleh Emory Kristop di permukaan laut Pacific Rise berhampiran Kepulauan Galapagos.

7. Sotong Vampire

Sotong vampire ini sekaan menghantui dasar laut. Ia dianggap antara haiwan yang terbesar yang hidup di dasar laut. Organ-organnya berupaya mengeluarkan cahaya untuk merancakkan metabolisme oksigen serba unik untuk meneruskan hidup di kawasan laut yang kekurangan oksigen. Habitatnya berada kedalaman hingga 3,000 meter di dasar laut.

8. Pacific Viperfish

Walaupun namanya ikan tetapi tetap ngeri apabila Pacific Viperfish ini mempunyai gigi yang tajam dan bersaiz besar hingga menyukarkan untuk menutup mulut. Haiwan ini bersaiz 8 inci sahaja tetapi mampu berenang sehingga kedalaman 13,000 kaki ke dasar laut.

9. Wolffish

Keunikkan haiwan ini adalah pada giginya, walaupun kelihatan tidak teratur tetapi mampu untuk hancurkan kerang dan landak laut. Haiwan ini sangat jarang ditemui kerana ia hanya tinggal di kedalaman 600 meter dari dasar laut.

 

Sumber: National Geographic

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang