Siakap Keli

“Lain Macam Dia Punya Gelombang, Variant Covid Apakah Dasyat Sangat Atau Ramai Tak Ikut SOP?” – Doktor

Seperti semua tahu, kes Covid-19 di negara ini kembali meningkat selepas beberapa minggu di tahap 1,000 kes dan kini kembali mencecah angka lebih 3,000 kes positif harian.

Semalam sahaja (28 April 2021) negara mencatatkan 3,142 kes positif baharu dengan 15 kes kematian akibat Covid-19. Manakala, 1,822 kes sembuh baharu juga turut direkodkan.

Keadaan ini sedikit sebanyak membimbangkan orang ramai kerana selain tidak dapat pulang beraya ke kampung, sekolah juga akan kembali menjalani sesi pembelajaran PDPR selepas berakhir cuti Hari Raya Aidilfitri nanti.

Seorang Pegawai Perubatan yang bertugas di Klinik Kesihatan Taman Medan, Petaling Jaya, Dr Muhaimin Abdullah baru sahaja selesai bertugas di Pusat Penilaian Covid-19, Stadium Melawati Shah Alam hampir 3 minggu.

Menurut Dr Muhaimin, “Nak bagitau kali ni lain macam dia punya gelombang, hari-hari penuh Stadium Malawati ni dengan pesakit positiv COVID-19  (500-1000 pesakit/hari). Variant Covid apakah dasyat sangat atau ramai tak ikut SOP?”

“Pesakit CAT 4 covid ( sesak nafas, oksigen tak cukup dalam darah, perlukan bantuan oksigen) sangat-sangat ramai sekarang, katil di tempat emergency kami sentiasa penuh dengan pesakit2 CAT 4, ambulans tak putus2 hantar pesakit ke kecemasan Hospital Sungai Buloh, tank oksigen sampai tak cukup, kena ganti cepat2 untuk bagi kat pesakit-pesakit ni.”

“Hari-hari balik lambat itu biasa, team yang hantar pesakit sampai pukul 12 tgh malam baru selesai. Tapi kami ok ja walaupun kena pakai full PPE >10jam setiap hari di bulan puasa ni, yang saya risau kes makin meningkat dan teruk, please jaga dan pertingkatkan SOP masing2. Semoga kita semua dilindungi.”

Sumber: Dr Muhaimin Abdullah

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)