Siakap Keli

Lelaki Warga Singapura Dilantik Jadi CEO Baharu TikTok

SINGAPORA- Pada 30 April, TikTok telah mengumumkan telah melantik seorang warga Singapura sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru.

Shou Zi Chew, 39 tahun, sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) bagi pihak syarikat itu.

Sebelum Chew bekerja di syarikat TikTok, Chew pernah bekerja di Xiaomi selama hampir enam tahun iaitu sebagai CFO syarikat berkenaan sejak 2015. Beliau juga pernah menjadi pengarah perniagaan antarabangsa.

Seterusnya, langkah itu digambarkan oleh TikTok sebagai “penyusunan strategi semula” bagi menyokong pertumbuhan serta pasukan global syarikat yang belum pernah berlaku sebelumnya.

Selain itu, Chew dikatakan memiliki pengetahuan mendalam tentang syarikat dan industri. Berdasarkan latar belakangnya dalam bidang tenologi.

Dia merasa rendah diri dengan jawatan barunya dan berjanji untuk terus membangun pasukan pengurusan yang kuat bersama dengan pentadbir seperti Vanessa Pappas (Ketua Pegawai Operasi TikTok).

TikTok bukan sahaja memiliki 1 bilion pengguna di seluruh dunia, tetapi juga berjuta-juta video viral.

Sumber: mothership

Atiqah Aliah