Siakap Keli
Gambar: Sinotyregroup

Jangan Abaikan Jika Ada Batu Kecil Pada Bunga Tayar, Boleh Cepat Haus Dan Kurangkan Jangka Hayat Tayar

Tayar merupakan komponen yang terpenting bagi sesebuah kenderaan. Tayar umpama nyawa kedua selepas brek bagi pemandu kenderaan.  Sekiranya tayar rosak, ia boleh mengancam nyawa pemandu dan penumpang itu sendiri. Jadi, penting untuk kita tahu beberapa perkara mengenai tayar.

Bunga pada tayar kereta bukan sekadar untuk hiasan tayar semata-mata tetapi ia mempunyai fungsi yang tersendiri. Antara fungsinya adalah untuk meningkatkan cengkaman pada tayar dan meningkatkan keupayaan saliran dan kapasiti penyejukan. Malah, bunga tayar dapat memastikan kereta dapat bergerak dengan lancar walaupun ketika cuaca buruk.

Ada jenis tayar yang keras untuk membolehkan ia bertahan dengan lama seperti Silverstone Powerblitz, Sime Tyre Astar dan sebagainya. Namun sekeras mana pun tayar tersebut, jika kita tidak menjaga satu perkara ini, keselamatan kita juga boleh terancam, iaitu batu-batu kecil di celah bunga tayar.

Mungkin kita tidak perasan atau tidak terlalu mengambil berat mengenai batu-batu kecil yang melekat pada bunga tayar selepas pemanduan. Tetapi fungsi saluran dan cengkaman pada tayar akan lemah dan dan mengurangkan jangka hayat tayar. Kehadiran batu-batu kecil ini juga boleh menyebabkan kebocoran tayar sekaligus menyebabkan tayar menjadi pancit.

Foto: sinotyregroup

Jadi, apa solusinya?

Jika ada serpihan tayar, pastikan bersihkannya secepat mungkin dan periksa sekiranya ada kebocoran pada tayar. Mungkin kelihatan seperti banyak perkara nak diselesaikan, tetapi lebih baik ‘sediakan payung sebelum hujan’. Kita pasti tidak inginkan sebarang kemungkinan buruk yang berlaku, bukan?

Foto: sinotyregroup

Bila perlu tukar tayar?

Setiap tayar sebenarnya sudah sedia ada mempunyai indikator bunga-haus (tread-wear indicator) yang membolehkan kita mengecam tahap haus tayar minimum. Indikator ini berbentuk bar yang terletak antara blok bunga. Jadi, jika bar tersebut kelihatan sama rata atau separas dengan bunga tayar, tayar perlu digantikan dengan yang baru. Atau lebih mudah, jika nampak tanda sedikit cembung di alur tayar, tiba masanya tayar perlu ditukar.

Sumber: Sinotyre

Nurul Nabila