Siakap Keli

(Video) Chef Wan Belanja Resipi Raya, Dr Say Bagi Tips Ramadan Untuk Korang Kekal Sihat Sampai Raya

Raya Unik Resipi Ikonik bersama Chef Wan

Bila dah berpuasa lebih seminggu ni, mulalah mood raya tu sampaikan. Bila raya pulak, mesti korang suka nak belajar resipi-resipi baru untuk dijamu ketika Hari Raya nanti. Nak makan ketupat dengan rendang je pun tak boleh jugak. Jadi, Watson belanja korang lagi dengan menjemput chef selebriti nombor satu di Malaysia, siapa lagi kalau bukan Datuk Dr. Chef Wan.

Rancangan Watsons Raya Unik Resipi Ikonik bersama Chef Wan ini sebanyak 6 episod dan Chef Wan akan berkongsi resipi-resipi sihat yang boleh korang cuba dan hidangkan ketika di Hari Raya nanti.

Mungkin selama ini kita menghidangkan makanan berminyak dan kurang sihat di hari perayaan, apa salahnya kita tukar selera tahun ini untuk mencuba resipi-resipi sihat dari Chef Wan dan yang paling penting sepanjang 6 episod korang akan belajar pelbagai resipi menarik dan sedap untuk dicuba sendiri di rumah.

Episod 1 – Sup Minestrone

 

Episod 2 – Ayam Moroccan Taggine Dengan Aprikot

 

Episod 3 – Yogurt Epal Pancake

 

Episod 4 – Kismis Dan Pir Mufin

 

Episod 5 – Kek Teh Plum

 

Episod 6 – Biskut Kek  Buah-Buahan

 

Healthy Body, Happy Mind bersama Dr Say

 

Sudah lebih seminggu umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Walaupun kita penat berpuasa sepanjang hari, tak bermakna kita tak perlu mengamalkan cara hidup sihat seperti bulan-bulan lain.

Sempena  Bulan Kesihatan Sedunia dan kebetulan jatuhnya pada bulan Ramadan, Dr Say dan Watsons dalam satu program bual bicara membincangkan tips kesihatan ketika bulan Ramadan. Rancangan bual bicara 2 episod ini membincangkan perihal Gastrik dan Gerd menyerang ketika berpuasa pada episode pertama dan tips tenaga dan immunity untuk kekal kuat sepanjang bulan puasa pada episod kedua.

Episod 1 – Tips Masalah Gastrik

 

Episod 2 – Tips Untuk Kekal Sihat dan Aktif

 

Sertai Peraduan Dengan Hadiah Berjumlah RM88,000

Watsons berbesar hati nak belanja korang hadiah berjumlah RM88,000 dan hadiah utama berupa kerusi urut Gintell Despace Star-X dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti korang. Nikmati diskaun dan jimat sehingga 30 peratus. Peraduan bermula 30 Mac hingga 23 Mei 2021.

Cara untuk menyertai mudah sahaja. Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Setiap penyertaan mesti dilengkapi dengan bukti pembelian yang dibuat ketika dalam tempoh peraduan di mana-mana stor Watsons berdekatan anda. Cara untuk serahkan penyertaan adalah seperti berikut:
  • Imbas kod QR di mana-mana Watsons Store
  • Jawab soalan mudah dan isi butiran peribadi seperti nama penuh, Watsons Member ID, alamat e-mel, nombor telefon, nombor resit, alamat dan lokasi pembelian dibuat.

** Dengan setiap penyertaan, anda adalah dikehendaki membaca dan bersetuju dengan notis privasi dan terma dan syarat yang dinyatakan.

2. Setiap bukti pembelian hanya untuk satu penyertaan. Penyertaan anda akan terbatal jika anda menggunakan bukti pembelian lebih dari sekali.

3. Setiap penyertaan layak memenangi satu hadiah sepanjang tempoh peraduan.

Terma dan syarat lanjut korang boleh baca di pautan di SINI

 

Baucer Produk Kecantikan dan Kesihatan

Korang yang suka bertapa di mana-mana store Watsons tu, ni Watsons nak belanja korang baucer produk kecantikan dan kesihatan berjumlah RM320 untuk korang shopping sakan di mana-mana store Watsons atau shopping online pun boleh di aplikasi Watsons.

Korang boleh dapatkan semua baucer di pautan di SINI

Dah dekat nak raya ni korang juga boleh enjoy pelbagai promosi Raya Resipi Chef Wan. Korang boleh beli pelbagai bahan masakan resipi Chef Wan dengan diskaun yang tak masuk akal. Klik di SINI untuk maklumat lanjut.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)