Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Awas, Ribut Petir Dan Hujan Lebat Diramal Melanda Hampir Seluruh Negara Hingga Jam 7 Malam

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di seluruh negara yang dijangka berlaku sehingga jam 7 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan sebentar tadi, memaklumkan kawasan dijangka terlibat adalah PerlisKedahPulau PinangPerak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu, Marang dan Dungun), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera), SelangorWP Kuala Lumpur , WP PutrajayaNegeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau), MelakaJohor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru), Sarawak: Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan) dan Kudat, WP Labuan.

Orang ramai diminta mengambil langkah berjaga-jaga berikutan cuaca buruk dan kemungkinan banjir kilat di beberapa kawasan.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.