Siakap Keli
Gambar via Facebook

Banjir Kilat Di Beberapa Kawasan Di Kajang, Jalan Susur Masuk Dan Keluar Ke Kajang Ditutup

Susulan ribut petir dan hujan lebat di seluruh Malaysia petang tadi, daerah Kajang dilanda banjir kilat dan menjejaskan sebahagian penduduk setempat.

Video yang dimuatnaik pengguna Facebook Abah Rotijohn ini menunjukkan keadaan banjir kilat di kawasan Taman Zamrud, Kajang petang tadi.

Hujan lebat selama dua jam mengakibatkan banjir separas betis dewasa di kawasan itu. Kebanyakan kereta tersadai di jalan kerana keadaan banjir yang tidak memungkinkan pergerakan trafik.

dugaan di penghujung ramadan ..banjir kilat di tmn zamrud kajang ..hujan lebat turun tak berhenti selama 2jam mengakibatkan keadaan ini #ramadan2021 #bertabahlahwahaihati #pastiadehikmahnye

Posted by Abah Rotijohn on Wednesday, May 5, 2021

Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama akaun D Salleh Sh turut mengunggah video keadaan banjir di rumahnya di kawasan Saujana Impian, Kajang. Lelaki tersebut juga berkata, ini adalah banjir pertama yang berlaku di rumahnya sepanjang menetap di situ.

Banjir besar di jalan 7 impian setia, satu ujian kecil dari Allah di 10 mlm terakhir ramadhon. Bayangkan lah mereka yg lain pernah di teggelamkan air sehingga ke bumbung di tengah malam yg gelap gelita.. 😢😢

Posted by D Salleh Sh on Wednesday, May 5, 2021

Kejadian banjir kilat di kawasan tersebut turut menyebabkan laluan susur masuk Jalan Reko ke Plaza Tol Sungai Ramal dan susur keluar dari Kajang Utama ke Jalan Reko ditutup sepenuhnya.

Sumber: Facebook Abah Rotijohn, D Salleh Sh, Twitter LLM

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.