Siakap Keli
Gambar: Salmy Saznira

Guna ‘Air Fryer’ Pun Boleh, Wanita Ini Kongsi Resipi ‘Cookies’ Sedap Ala-ala Famous Amos

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai yang mengakui masih terkenangkan memori membakar biskut raya bersama ibunda suatu ketika dahulu. Biarpun hanya menggunakan oven gas dan penutup periuk sebagai dulang biskut, kenangan itu tak dapat dijual beli dengan wang berjuta.

Mungkin ramai yang bersedih kerana tak dapat pulang ke kampung raya tahun ini. Namun, apa kata kita hidupkan kembali suasana nostalgik itu dengan membuat biskut raya bersama anak-anak?

Mari kami kongsikan resipi biskut ala Famous Amos kegemaran ramai yang boleh dibuat menggunakan air fryer. Resipi ini telah dikongsikan penulis Resipi Air Fryer, Puan Salmy Saznira.

Kakmie banyak dengar, ramai yang agak frust bila buat cookies ala Famous Amos ni.

Ada yang kata cookies jadi kembang semangkuk la, tak rangup la, hancur berderai la ..lebih-lebih lagi kalau bakar guna air fryer. Huhu ..Ini lagi satu cabaran.

Selepas beberapa kali eksperimen Kakmie dan anak sulung Kakmie, akhirnya kami dapat satu hasil yang sangat mengujakan!

Oh yes! Berjaya. Rasa pun hampir sebijik Famous Amos.

Ramuan

BAHAN-BAHAN : A

1/2 buku | 125 g mentega
1/2 cawan | 75g gula halus
1/2 cawan | 75g gula perang
1/2 cawan | 125 ml minyak jagung/masak
1 telur gred B
1 sudu teh esen vanilla

BAHAN-BAHAN : B

2 cawan | 200g tepung gandum
1/2 cawan | 50g tepung jagung
1/2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
ayak semua bahan di atas
1 cawan | 100g chocolate chip 1/2 cawan | 50g kacang campuran (badam/walnuts/gajus) * sangai

Langkah

1. Campurkan semua bahan A dan gaul sebati.

  • nak guna mixer boleh tapi jangan sampai kembang. Sekadar bercampur sebati je.
  • kalau nak gaul guna senduk kayu atau whisk pun boleh jer.

2. Masukkan semua bahan B yang dan diayak sedikit demi sedikit. Lepas tu akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang(sudah sangai)

  • adunan akan jadi lembik sedikit, tapi tak pe. Jangan risau memang macam tu pun. Hehe. Masukkan dalam peti sejuk sekejap dalam 10-15 minit.

3. Setkan air fryer:

  • panaskan dahulu air fryer 2@3 minit.
  • Kemudian masukkan cookies ke dalam bakul air fryer.
    • suhu 165 darjah
    • masa 10-12 minit (ikut saiz cookies)
  • boleh bukak bakul air fryer untuk check cookies kita.
  • jika cookies belum rangup,terbalikkan cookies dan sambung 3-5 minit lagi.
  • tujuan kita letak terbalik untuk elak bahagian atas tu terlalu garing nanti.

Sumber: Salmy Saznira

Amira

Love yourself.