Siakap Keli

TERKINI: Harga Runcit Petrol RON97 Naik 2 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal Dari 6 Mei Hingga 12 Mei 2021

Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit petroleum untuk tempoh 6 Mei hingga 12 Mei 2021.

Perkara ini telah dimaklumkan menerusi siaran media yang dikeluarkan melalui akaun rasmi Twitternya.

Harga RON97 naik 2 sen seliter kepada RM2.60 manakala RON95 dan diesel kekal.

Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa kesan perubahan harga minyak mentah dunia ini akan terus dipantau serta akan bersedia untuk mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara.

 

Sumber: MoF

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang