Siakap Keli
Gambar: @buitengebieden_

(Video) Mungkin Malas Nak Terbang, Burung Ini ‘Selamber’ Ja Tumpang Burung Lain Kat Udara

Anda sering tumpang kenderaan keluarga atau kawan anda? Perkara tersebut tak hanya dilakukan oleh manusia, ini kerana burung pun ada jua yang melakukan perkara itu.

Dalam satu video yang tular di media sosial, seekor burung camar dilihat sedang menunggang burung lain yang sedang terbang di udara. Kemungkinan ianya penat, namun yang jelasnya ianya dilihat sedang memanfaatkan tenaga burung yang sedang terbang itu.

Warganet yang melihat fenomena luar biasa itu sempat memberikan ulasan terhadap video berkenaan.

“Ianya seperti Uber untuk burung,” tulis warganet.

Ada juga warganet yang menyamakan adegan kedua-dua burung tersebut dengan adegan dua aktor Hollywood popular dalam filem ‘Titanic’ iaitu Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini ianya telah mendapat tontonan lebih 3 juta kali.

Sumber: Kumparan

Aqmal Ezany

I write what is right