Siakap Keli

Hadiahkan Guru Kad Ucapan Hari Lahir Gergasi di Tengah Bandar Raya

“Siapa nak beli cincin permata ni secara Online. Mana boleh!”
Itulah yang pemuda yang belajar Agama dari Kota Seribu Wali Tarim Yaman, Muhammad Bin Bilal ni fikir. Lain lah kalau pakaian ke, tudung ke, produk kesihatan atau makanan tu senang lah nak jual secara online.

Ini cincin permata, buka seringgit dua harganya. Boleh tahan juga! Tapi jika kena pada peminatnya, berapa letak pun pasti laris.

Tapi Muhammad yang mengusahakan bisnes jenama The Bilal ni fikir macam mana nak pastikan bisnes dia ni boleh bantu dia capai apa dia nak. Ya ramai juga yang fikir orang belajar agama ni mana boleh berjaya, paling paling pun jadi Guru atau penceramah agama sahaja.

Muhammad yakin dan percaya kalau bisnes ni diusahakan dengan cara yang betul pasti akan bantu dia upgrade kehidupan keluarga dia.

Kenapa dia pilih berniaga cincin? Sebenarnya mula-mula Muhammad pilih untuk berniaga cincin permata sebab nak tambah sumber pendapatan sahaja semasa belajar di Yaman, dan dia mulakan pun dengan hanya modal RM70. Sebelum tu lagi pelbagai bisnes yang dia dah pernah cuba tapi gagal.

Seawal usia 22 tahun, Muhammad telah berkahwin dan berhijrah ke Yaman untuk meneruskan pengajian. Ketika itu, segala kesusahan dan keperitan hidup di negara orang dia pendam sendiri sebab tak nak susahkan mak ayah. Dia terpaksa struggle untuk belajar dan dalam masa sama perlu menyara hidup isterinya. 

 

Dalam masa yang sama, Muhammad ketika itu nekad untuk tidak menyusahkan mak ayah di kampung dengan memulakan bisnes pakaian dan juga madu lebah. 

Alhamdulillah, rezeki datang satu persatu dan setiap hari ada je order yang masuk. Sebut je madu lebah dari Yaman, pasti ramai yang berebut nak beli. Tapi sebagai manusia, kita hanya mampu merancang tapi Allah swt yang menentukan, bisnes yang dijalankan tidak bertahan lama sebab berlakunya peperangan besar di Yaman.

Disebabkan peristiwa ini, Muhammad terpaksa ambil langkah drastik untuk tukar bisnes lain. Itu yang secara tak langsung dia dapat idea baik untuk berniaga cincin permata. Siapa sangka dengan hanya bermodalkan RM70, dia berjaya bawa bisnes cincin permata sehingga ada jenama sendiri, iaitu The Bilal.

Memang mencabar pada peringkat awal, nak capai jualan RM10 ribu pun payah. Cuba promo kat Facebook tiada sambutan, orang PM dah reply terus senyap. Nak menulis ayat buat pemasaran pun macam lemau je.

Kemudian sesuatu berlaku tahun 2018, Muhammad berjaya peroleh jualan tahunan sebanyak RM524,000 kemudian meningkat kepada RM1.1 Juta pada tahun 2019. Tak berhenti setakat itu, dia berjaya pecahkan rekod baru dengan jualan tahunan sebanyak  RM1.5 Juta pada tahun 2020 walaupun dunia dalam keadaan PKP dan Covid19.

Pencapaian terkini pada tahun 2021 pula mencecah RM200,000 sebulan dan paling dahsyat rekod yang Muhammad pernah capai, dia berjaya buat sales cincin permata sebanyak RM69,600 dalam masa sehari je.

Bagaimana dia boleh buat sales banyak macam tu dalam masa sehari? Macamana dia boleh jual cincin permata yang berharga puluh ribu tu secara online?

Ada orang berniaga puluh tahun pun belum tentu boleh jual satu barang harga puluh ribu dalam masa sekejap je. Tapi Muhammad buat benda macam pisang goreng panas padahal bagi peniaga lain ianya agak mustahil.

Muhammad berkata, “Saya yakin dalam bisnes ni selagi orang tak percaya orang tak akan beli. Jadi, saya bawa jenama The Bilal ni dalam bentuk value dan gunakan 4 kunci pemasaran yang diajar oleh Najib Asaddok’.

“Jenama The Bilal ni pun lahir dari idea Tuan Najib Asaddok menggantikan jenama Bilal Permata sebelum itu” tegasnya lagi.

Kebiasaan orang yang senang nak buat keputusan nak beli adalah wanita tapi Muhammad  berjaya jalankan bisnes dengan tarik pelanggan lelaki dan buat jualan 100% secara online. Proses untuk yakinkan pelanggan jadi lebih mudah dan cepat bila ada ilmu dan guru yang bimbing dalam bisnes. Dia tak perlu banyak buang masa, tenaga dan wang ringgit sebab adanya guru yang boleh tunjuk apa next step yang dia perlu buat.

Banyak perubahan yang Muhammad sendiri tak sangka, terutama sekali dari segi lifestyle. Alhamdulillah, dia sekarang tak perlu rasa susah seperti masa zaman dia baru berkahwin dan ketika belajar. Muhammad puas hati sangat dapat beri keselesaan pada keluarga dan dia dapat hadiahkan isteri kereta Mini Cooper sebagai tanda penghargaan.

Semua ni berkat Muhammad jaga adab dalam berguru, konsisten ikut nasihat dan bimbingan dari guru. Bagi Muhammad, tak payah pelik kalau sales bisnes boleh naik mendadak dengan cepat, dan juga jangan rasa pelik bila bisnes dah bertahun tapi masih pada tahap sama.

Sebab semuanya datang dari ilmu, keberkatan dan usaha yang berterusan sesuai ikut zaman. Itu antara sebab kenapa bisnes dia boleh capai sehingga 6 angka sebulan dan ini juga rahsia yang dia amalkan dari dulu sampai sekarang.

Hadiahkan Guru Kad Ucapan Hari Lahir Gergasi di Tengah Bandar Raya

Sempena menghargai jasa dan pengorbanan gurunya dalam online marketing, Najib Asaddok, Muhammad dan juga salah seorang rakan seperguruan daripada Klinik Pergigian Happy sepakat untuk naikkan billboard dengan ucapan “Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Najib Asaddok” di lokasi Sg. Besi, Kuala Lumpur bersebelahan Highway KL-Seremban.

“Saya tak akan sampai ke tahap ni tanpa bimbingan Najib Asaddok dan Team Momentum”.

Ini contoh yang korang boleh ikut, tak perlu susah-susah buat macam-macam dalam bisnes tapi tak jadi, jualan tak naik. Tak salah kalau pilih guru untuk tunjuk cara nak buat bisnes atau marketing dengan cara betul.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Najib Asaddok (@najibasaddok)

Tahniah Muhammad atas pencapaian yang diperoleh.

Satu lagi kalau nak berjaya macam Founder The Bilal ni, korang boleh consider belajar untuk upgrade cara korang tulis copywriting untuk pengaruhi pelanggan yang dikongsikan oleh Najib Asaddok. Ilmu copywriting ni tak susah mana pun dan anda boleh belajar secara percuma.

Muhammad dah buktikan dia boleh buat bila dia ubah cara dia tulis copywriting dan korang mesti boleh jadi seperti Muhammad. Tak salah kalau kita sendiri berusaha ubah bisnes kita.

Boleh dapatkan 6 E-Book Copywriting Yang Buatkan Orang Rebut, Bukan Cabut secara PERCUMA. Info lanjut ada di

www.naktarikpelanggan.com 

Website Nak Tarik Pelanggan www.naktarikpelanggan.com

Emel: [email protected]

Hotline: 07-7717296 @ wasap.my/60108048800

Facebook Najib Asaddok

Instagram Najib Asaddok

Nur Farra