Siakap Keli
Gambar : Bernama

Najib Razak Dikenakan Kompaun RM1,500 Untuk Setiap Kesalahan Langgar SOP

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemilik sebuah restoran serta beberapa individu yang terlibat di dalam sebuah video yang tular di media sosial dikenakan tindakan bayaran kompaun kerana didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 20 Mac yang lalu.

Laporan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kertas siasatan mengenai pelanggaran SOP bekas perdana menteri di sebuah restoran telah dikembalikan dari pejabat Peguam Negara pada Kahmis lalu.

Katanya lagi, Najib dikenakan kompaun RM1,500 setiap kesalahan kerana melakukan kesalahan Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Penyakit Berjangkit) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021.

Menerusi kenyataan laporan terseubt mengatakan bahawa kesalahan pertama adalah gagal mengimbas suhu semasa memasuki premis tersebut dan gagal mendaftar kehadiran menerusi aplikasi Mysejahtera atau secara manual.

Selain itu, pemilik restoran nasi ayam hainan tersebut turut dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 kerana gagal mengarahkan pelanggan untuk membuat imbasan Mysejahtera sebagaimana disyaratkan dalam SOP.

Malah, individu yang terlibat turut dikenakan kompaun dengan nilai kompaun keseluruhan sebanyak RM13,000.

Sumber: Sinar Harian

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang