Siakap Keli

(Video) Wajah Sugul Tiga Ekor Anaknya Mati, Oyen Tak Lalu Makan & Seakan-akan Menangis Kesedihan

Bagi yang mempunyai kucing, anda pasti tahu bahawa haiwan comel itu sememangnya mempunyai telatah yang sangat nakal hingga terkadang merasa penat untuk melayan mereka.

Tetapi, ada waktunya juga kucing tersebut berhadapan dengan fasa ‘kemurungan’ yang mungkin dialami kerana sakit atau kehilangan anak. Ia merupakan fasa yang sangat berat kerana mereka tidak ceria seperti biasanya.

Sama seperti oyen ini yang dilihat tidak berselera untuk makan kerana dipercayai telah kehilangan tiga ekor anaknya.

Menerusi video yang tular di TikTok, kucing itu juga dilihat mengalirkan air mata dan kelihatan sangat tidak bermaya. Walaupun tuannya telah menyediakan makanan yang banyak kepadanya, ia tidak tertarik dan hanya menghidu makanan itu.

@diamkamuu

Turur berduka cita ya junii 😢😢😢😢 #fyp #fypシ #GoyangShopee #ParselTokopedia

♬ My cat is gone – sadhours

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut sedih melihat oyen tersebut kerana kebiasaannya ia dikenali sebagai kucing yang nakal.

Sumber: diamkamuu

Sofea

There's always another side to every story