Siakap Keli

(Video)”Sembang Kemaih Abang Kawasan Bagai,” Pelik, Si Oyen Pula Yang Kena Kejar Dengan Tikus, Siap Kena Gigit Kaki

Biasanya kita dapat perhatikan kucing memang suka memburu haiwan kecil seperti tikus, cicak, burung dan sebagainya.

Seperti cerita Tom & Jerry, biasanya si Tom lebih suka memburu si Jerry walaupun bukan untuk dijadikan santapannya. Tetapi, lain pula yang terjadi pada si Oyen yang ‘diburu’ oleh si kecil ‘Jerry’ di rumahnya.

Dalam video yang dikongsikan oleh Faris Muzakkir dalam Group Oyen Buat Hal Apa Hari Ni?, bukan si Oyen yang membuat hal tetapi ia sendiri yang ditimpa masalah kerana dikejar tikus agresif yang ingin menggigitnya.

Tikus ini bukan bermain-main mengejarnya, tetapi betul-betul menggigit kaki Oyen yang sudah penat berlari pusing-pusing di dapur rumah.

Menjengah ke ruang komen, ramai yang terhibur dengan gelagat Oyen yang dibuli ini.

Siapa patut kejar siapa??

 

Dunia Oyen dah  terbalik..

 

 

Buat malu kaum Oyen..

Sumber: @Faris Muzakkir via Oyen Buat Hal Apa Hari Ni?

Nurul Nabila