Siakap Keli
Gambar: Iwanpauzi_

(Video)Guna Kamera Telefon Je, Ini Cara Nak ‘Snap’ Gambar Raya ‘Perfect’ Dan Idea OOTD Raya

Mesti ramai diantara kita yang tak sabar nak pakai baju raya baru kan? Dah beli mahal-mahal dan cantik-cantik, rugilah kalau tak OOTD dengan ahli keluarga semua.

Dah la warna semua sedondon, kalau tangkap gambar mesti cantik. Tapi macam mana caranya nak ambil gambar OOTD korang tu bagi lawa? Mesti korang tengah pening nak cari idea kan?

Haa, korang tak perlu pening lagi sebab satu akaun TikTok bernama @iwanpauzi_ ni ada kongsikan beberapa tips untuk korang gunakan masa tangkap gambar time hari raya nanti.

Tapi tips ni dibuat berdasarkan handphone je tau. Berikut adalah cara-caranya:

1.Cari background yang ada tema raya. Contoh kat dalam video tu adalah rumah kampung.

2.Posisikan subjek/model dekat gridline kamera.

3.Gunakan mode biasa sekiranya background tu dah lawa dan gunakan potrait mode kalau background tu tak lawa.

4.Kalau semua dah siap, Snap terus gambar tu.

@iwanpauzi_

Day 26: Tips gambar raya #30daystutorialchallenge #raya2021 #mobilegraphy #photography #fyp

♬ Bersyukur Seadanya #2 – Hael Husaini

Macam senang je kan? Korang try lah nanti.

Lepas tu, ada lagi satu tips yang ‘brader’ tu kongsikan. Tapi tips yang ni khas untuk perempuan lah. Biasa lah, perempuan kan suka tangkap gambar.

So bila suka tangkap gambar ni, mesti kadang-kadang kekeringan idea nak posing macam mana time hari raya nanti kan?

Dalam video yang dikongsikannya tu, ada tiga gaya yang korang boleh try. Gaya-gaya tersebut adalah seperti berikut:

1.Gaya fe-feeling pagi raya

2.Gaya side pose

3.Gaya ambil kuih raya

@iwanpauzi_

Day 23: 3 ootd perempuan #30daystutorialchallenge #ootd #ramadhan2021 #mobilegraphy #fyp

♬ Dari Jauh Kupohon Maaf – Dato’ Sudirman

So raya nanti senang lah korang nak posing. Tak payah pening-pening kepala dah. Selamat mencuba!

Sumber: @iwanpauzi_

Aqmal Ezany

I write what is right