Siakap Keli

Ijm Land Menghulurkan Bantuan Kepada Keluarga Yang Kekurangan Melalui ‘Program Mesra Ramadan’ Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Yang Akan Datang

Seremban, 10 Mei 2021 – Bagi umat Islam di seluruh dunia, bulan Ramadan adalah masa untuk meningkatkan penghayatan ibadah mereka dengan mendirikan solat, bersedekah, berbuat baik sesama manusia di samping meluangkan masa dengan keluarga dan rakan.  Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah golongan yang mengalami kesusahan di bulan yang mulia ini. Sehubungan dengan itu, IJM Land Seremban 2 telah menghulurkan bantuan untuk membantu keluarga Muslim yang kekurangan dan berjuang untuk memenuhi keperluan harian agar mereka dapat menjalani ibadah puasa dan meraikan Hari Raya Aidilfitri yang baik melalui inisitatif tahunan mereka iaitu ‘Program Mesra Ramadan’.

Melalui program ini, IJM Land mengenal pasti tiga buah keluarga yang kurang bernasib baik di Seremban yang amat memerlukan bantuan and penyumbangan keperluan asas bernilai RM700 termasuk barangan runcit seperti beras, minyak masak, biskut raya, mi dan duit raya berjumlah RM800 untuk meringankan beban mereka. IJM Land berharap agar sumbangan ini membolehkan mereka menyambut perayaan Aidilfitri dengan lebih mesra dan bermakna.

Dato’ Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad berkata bahawa sumbangan ini mampu memberi kesan positif dan membawa lebih banyak kegembiraan kepada keluarga terutamanya ketika perayaan Aidilfitri hampir tiba. Ini merupakan masa yang terbaik untuk memupuk nilai murni sesama kita sempena bulan yang penuh berkat ini.

“Menjelang bulan Ramadan yang mulia, keluarga yang kurang mampu amat bergantung pada sumbangan dan bantuan makanan untuk menjalani kehidupan seharian mereka. Dengan pandemik yang berterusan ini, kami ingin kekal berhubung bersama komuniti untuk memastikan mereka bahawa kami berada di sisi untuk membantu serta meningkatkan semangat mereka dalam masa kesusahan ini,” kata Dato’ Hoo.

Penerima bantuan ‘Program Mesra Ramadan’ terdiri daripada Encik Samsul bin Kamarudin, seorang pengawal keselamatan yang berusia 44 tahun. Beliau mengalami penyakit berisiko iaitu diabetes, asma dan tekanan darah tinggi. Encik Samsul bersama isterinya, Puan Salina binti Abu Bakar, seorang suri rumah berusia 40 tahun, perlu menanggung anak kembar mereka yang menghidap penyakit Cerebral Palsy. Mereka juga merupakan penerima bantuan ‘Program Rehabilitasi IJM Land’ pada tahun 2019. Selain itu, IJM Land juga membantu Encik Erowan bin Mohd Noor, 47 tahun, yang mengalami perbezaan struktur badan. Beliau bergantung pada gaji rendah dan bantuan kewangan untuk menyara isterinya Puan Noorraini binti Yahya, 42 tahun, pesakit strok dan tiga orang anaknya yang masih kecil. Penerima yang ketiga adalah Puan Nurul Huda binti Abdul Azis, seorang ibu tunggal berusia 36 tahun yang mengalami masalah kewangan dan bekerja sambilan untuk menyara dua orang anaknya yang bersekolah.

Selain daripada bantuan kewangan, barangan runcit dan barangan persediaan untuk perayaan yang diedarkan, Dato’ Hoo juga memperuntukkan barangan keperluan sejak pandemik seperti pelitup muka dan sanitasi tangan untuk mengurangkan ketegangan kewangan mereka.

“Dengan ketidakpastian akibat pandemik yang masih berterusan, ia sungguh menyedihkan apabila kami melihat keluarga yang menghadapi kesusahan untuk menyara hidup mereka. Tambahan pula mereka perlu menanggung kos lebihan akibat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dan terpaksa dipatuhi ketika berada dalam khalayak ramai. Oleh itu, kami percaya bahawa sumbangan ini mampu menolong mereka pada masa yang mencabar ini, dan kami komited untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik untuk hidup dengan lebih selesa dan membawa impak positif kepada ahli keluarga mereka.

“Kami berasa gembira mempunyai keistimewaan ini untuk membantu memperbaiki kehidupan golongan miskin dan kami berharap untuk meneruskan usaha ini demi manfaat masyarakat melalui sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan,” kata Dato’ Hoo.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai inisiatif ini, sila layari http://seremban2.ijmland.com/.

Siti Fatimah