Siakap Keli

Proklamasi Darurat Bantu Cegah Penularan COVID-19, Ordinan Darurat Diguna Tangguh PRK & PRN Sarawak- KP Kesihatan

Salah satu faktor penting Ordinan Darurat adalah untuk mengelakkan berlangsungnya pilihanraya kecil termasuklah Pilihanraya Negeri Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebarang pilihanraya termasuk pilihanraya negeri mahupun pilihanraya umum dapat ditangguhkan dengan adanya ordinan darurat tersebut.

“Kita lihat implikasi PRN Sabah juga jangkitan bermula selepas pilihanraya, begitu juga jangkitan selepas pilihanraya ke semenanjung dan setiap negeri.

“Salah satu faktor kes semakin meningkat dan menular di India kerana mereka adakan lima kempen pilihanraya. Satu kempen pilihanraya melibatkan 200,000 individu dan mereka tidak patuh pada SOP dan sebagainya.

“Ini seolah-olah dejavu untuk Kementerian Kesihatan melihat PRN Sabah dan kita menggunakan Ordinan Darurat untuk  mengelakkan pilihanraya ketika kes meningkat secara mendadak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Khas Bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

 

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'