Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, melalui ciapan terbaru beliau menyatakan, jumlah kes Covid-19 hari ini (16 Mei 2021 mencatatkan 3,780 kes terbaharu. Secara kumulatif, Malaysia mencatat 470,110 kes setakat ini.
Bagi pecahan kes setiap negeri, Selangor mencatat 1,275 kes dan kekal sebagai negeri dengan kes harian tertinggi diikuti Sarawak dengan pertambahan 405 kes, dan Kedah, 363 kes.
Perlis turut mencatatkan pertambahan dua kes hari ini dengan jumlah kumulatif 391 kes setakat ini. Selain itu, negara berduka cita apabila pertambahan 36 lagi kes kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 1,902 kes.
Kes sembuh juga menunjukkan trend peningkatan apabila 3,990 kes dilaporkan sembuh dan dibenarkan discaj dari wad hari ini.
Status Terkini #COVID19, 16 Mei 2021
Kes sembuh= 3,990
Jumlah kes sembuh= 426,319
Kes baharu positif= 3,780 (3,778 tempatan, 2 import)
Jumlah positif= 470,110
Kes kematian= 36
Jumlah kes kematian= 1,902
Kes dirawat di ICU= 520
Bantuan Alat Pernafasan= 272 pic.twitter.com/uC8naNFV3G— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) May 16, 2021
Sehingga 16 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19+ adalah 3,780 kes (470,110 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,275 (153,663)
Sabah – 87 (59,349)
Johor – 224 (50,419)
WP KL – 342 (49,808)
Sarawak – 405 (38,383)
P Pinang – 187 (23,778)
N Sembilan – 70 (20,632)— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 16, 2021
Kelantan – 357 (19,224)
Perak – 115 (16,781)
Kedah – 363 (12,845)
Melaka – 122 (8,671)
Pahang – 159 (6,523)
Terengganu – 58 (5,584)
WP Labuan – 7 (2,517)
WP Putrajaya – 7 (1,542)
Perlis – 2 (391)— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 16, 2021
Sumber: DG Hisham