Siakap Keli
Gambar via JMA

Gempa Bumi 6.1 Magnitud Gegar Wilayah Hokkaido di Jepun

Gempa bumi bermagnitud 6.1 dilaporkan menggegar wilayah Hokkaido, Jepun kira-kira jam 12.24 tengah hari waktu tempatan sebentar tadi, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Memetik laporan Xinhua Net, gegaran yang berpusat di latitud 41.9 darjah utara dan longitud 144.9 darjah timur itu menghasilkan gegaran berkeluasan 60 kilometer.

Pusat gempa dikatakan terletak di perairan berhampiran bandar Kushiro, Hokkaido di kepulauan bahagian utara Jepun.

Pihak berkuasa tempatan walaubagaimanapun belum mengeluarkan sebarang amaran tsunami, lapor portal itu lagi.

Tiada maklumat lanjut berhubung kerosakan ataupun kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Sumber: JMA, Xinhua Net

Eyla Azri