Siakap Keli
Gambar: _tryza_

(Video) Kertas Melekat Kat Tangan, Gelagat Lelaki Cuba Jadi ‘Spiderman’ Raih 2 Juta Tontonan, Ramai Mengaku Pernah Buat

Satu video lucu yang memaparkan telatah seorang lelaki yang meniru adegan filem adiwira terkenal iaitu Spiderman telah menjadi tular di media sosial.

Pada mulanya, lelaki itu kelihatan menjatuhkan sehelai kertas yang telah melekat pada tangannya.

Selepas berjaya menjatuhkan kertas tersebut, dia terus membuat gerakan tangan yang sama dengan Spiderman ketika adiwira itu mahu mengeluarkan tali labah-labahnya yang terletak di bahagian tangan.

Video tersebut telah menjadi tular, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 2 juta kali.

@_tryza_

Spiderman exist ! 😂 #spiderman #tomholland #real #reallife #superhero #avengers

♬ suono originale – Not me

Ramai warganet yang menonton video tersebut terhibur dengan telatah lucu lelaki itu kerana ternyata mereka juga pernah melakukan perkara yang serupa.

Sumber: _tryza_

Aqmal Ezany

I write what is right