Siakap Keli
Gambar: myrul_adli

(Video)Mungkin Ada Belum Tahu, Cara Mudah ‘Screenshot’ Guna Komputer Tanpa Perlu ‘Paste’ Ke ‘Paint’ Atau ‘Word’

Mungkin ramai diantara kita yang pernah mengeluh semasa nak screenshot sesuatu menggunakan laptop atau komputer yang menggunakan software Windows.

Kalau cara biasa yang orang gunakan adalah dengan print screen dan kemudiannya terpaksa paste di aplikasi Paint atau Microsoft Word.

Perkara itu secara tidak langsung akan membuatkan kita melakukan dua kerja dan memakan masa.

Namun kini, bagi yang selalu menggunakan screenshot ini di komputer Windows mereka, satu video di TikTok ada berkongsikan tentang cara yang lebih mudah berkenaan dengan screenshot.

Menurut video tersebut, cara untuk screenshot itu cuma memerlukan 3 butang pada papan kekunci komputer anda sahaja.

Butang tersebut adalah butang Window, butang Shift, dan butang S.

Selepas menekan ketiga-tiga butang tersebut, anda akan boleh terus screenshot apa sahaja yang anda mahukan.

Seterusnya, bahan yang anda screenshot tadi akan terpapar pada belah kanan skrin komputer anda. Kemudian klik pada snip save to clipboard dan siap!

@myrul_adli

Ss dengan mudah #tutorials #fypシ #fyp #tiktokmlaysia #foryoupage

♬ original sound – Babas / THR – Babas / THR

Sumber: myrul_adli

Aqmal Ezany

I write what is right