Siakap Keli

Mayat Tanpa Identiti Ditemukan Di Ladang Kelapa Sawit

SEREMBAN, 20 Mei – Mayat tanpa identiti dalam keadaan berulat ditemukan polis di ladang kelapa sawit berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) Seremban Arah Selatan, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung penemuan mayat itu kira-kira pukul 6.30 petang.

Beliau berkata hasil siasatan polis bersama pegawai forensik mendapati mangsa meninggal dunia kira-kira lima hari lepas berdasarkan keadaan mangsa yang sudah berulat dan berbau busuk.

“Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan identiti mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian berkenaan untuk melaporkan kepada Inspektor Khairul Syafawie Abdul Yusof di talian 014-5175601 atau mana-mana balai polis berdekatan.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang