Siakap Keli
Gambar via TikTok @shidiqramli__

Pengguna iPhone Kena Tahu, Cara Nak Periksa iPhone Korang Bukan Set ‘Refurbished’ Atau ‘Replacement’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Penggunaan iPhone terpakai bukanlah sesuatu yang baharu di Malaysia. Oleh kerana harga seunit telefon pintar jenama Apple itu bukanlah murah, ramai yang mengambil inisiatif membeli iPhone terpakai dengan harga terjangkau.

Mungkin anda pernah mendengar terma refurbished, replacement atau retail. Bagi yang merancang untuk membeli iPhone terpakai, anda patut tahu tiga terma ini .

Set refurbished merupakan set iPhone yang berfungsi dengan baik setelah dibaiki dan telah ditukar alat gantinya jika perlu. Set ini turut menjalani proses ‘pembersihan’ sebelum dijual semula.

Set replacement pula adalah iPhone yang digantikan oleh syarikat Apple sendiri atau pengedar sah kepada pengguna yang mengalami masalah dengan telefon pintar mereka. Set replacement juga selalunya diambil dari set refurbished.

Sementara set retail merupakan set baharu yang dibeli pengguna pertama dari pengedar sah jenama tersebut.

Ketiga-tiga set ini dikelaskan mengikut huruf model yang berbeza. Macam mana nak bezakan ketiga-tiga model ini? Video yang diunggah oleh pengguna TikTok @shidiqramli__ ini mungkin dapat menjawab persoalan anda.

Dalam video tersebut, @shidiqramli__ menerangkan cara-cara untuk membezakan ketiga-tiga model iPhone iaitu refurbished, replacement dan retail. Turut ditunjukkan, bagaimana untuk memeriksa huruf yang dikelaskan pada model-model ini hanya dari tetapan telefon pintar tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut, mari kita ikuti video di bawah.

@shidiqramli__

Jgn lupa check😉 | btw follow ig @brosgadget_ guys dijamin tak menyesal #CanYouBendChallenge #fypシ #iphone

♬ BGC Drama Effect – whozmanzz

Bagi yang merancang nak beli iPhone terpakai, jangan lupa periksa sebelum beli.

Sumber: TikTok @shidiqramli__

Eyla Azri