Siakap Keli

(Video) “Mungkin Terlupa Tutup Speaker,” Lelaki Ini Rakam Azan Berkumandang Di Masjid Jam 2 Pagi

Sebuah rakaman video menunjukkan kejadian azan yang didakwa berkumandang pada jam 2 pagi di sebuah masjid di Pulau Pinang menjadi tular di media sosial.

Video yang dimuatnaik enam jam lalu itu telah meraih lebih 500 ribu tontonan oleh warganet yang tertanya-tanya mengenai kejadian sebenar yang berlaku.

Menerusi rakaman oleh pemilik video, dia dan beberapa rakan yang berada di dalam kenderaan ketika itu secara kebetulan terdengar laungan azan sekitar jam 2 pagi ketika melintasi masjid berkenaan.

Susulan itu, mereka mengambil keputusan untuk meninjau ke dalam masjid bagi merungkai gerangan ‘individu’ yang berada di dalamnya.

Namun, setelah masuk ke dalam masjid, ternyata tiada sesiapa yang berada di situ. Rakaman video turut menunjukkan keadaan ruangan masjid yang kosong, gelap dan sunyi.

Pemilik video membuat andaian kejadian tersebut mungkin berlaku disebabkan imam di masjid berkenaan lupa menutup suis speaker. Dia berharap agar kejadian tersebut tidak berulang lagi kerana boleh menimbulkan rasa aneh ramai.

@asstiee

siapa yang main speaker masjid nie…tertibe berbunyi

♬ bunyi asal – 💋👻 𝒶ˢŜţy𝑒lά𝓵α 👻💨 – 🛑👻𝙰𝚜𝚜 𝚝𝚎𝙴👻💢💨

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargenet turut memberikan pelbagai komen dan spekulasi mensenai kejadian yang berlaku. Ada yang mendakwa terdapat kehadiran jin islam selain pernah mengalami kejadian serupa,

Ada jin islam?

Aku pun pernah kena, dengar orang azan padahal tak ada

Suara pun serak-serak lain?

Sumber: TikTok asstiee

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.