Siakap Keli

Israel Dan Hamas Setuju Gencatan Senjata Tanpa Syarat, Tamatkan Ketegangan Lebih 10 Hari di Gaza

Gencatan senjata yang dipersetujui oleh Israel dan Hamas pada awal pagi Jumaat waktu tempatan secara rasmi selepas lebih 10 hari bertempur di Gaza dan mengorbankan lebih 240 nyawa.

Perkara ini disahkan oleh Jurucakap Hamas dan Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Khamis lalu. Mereka bersetuju gencatan senjata dilakukan “bersama tanpa syarat”.

Hal ini bagaimanapun turut disahkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang mendesak ia diadakan selain usaha yang dilakukan oleh Mesir, Qatar dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi sebelum ini mengarahkan dua delegasi keselamatan ke tanah haram Israel dan Wilayah Palestin untuk berusaha mengadakan gencatan senjata.

Setakat ini, perang antara kedua-dua belah pihak yang bermula pada 10 mei lalu telah mengakibatkan 232 nyawa rakyat Palestin terkorban termasuklah 65 kanak-kanak.

Justeru itu, menurut satu laporan berkata gerakan menuju gencatan senjata ini adalah positif.

 

Sumber: BBC 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang