Siakap Keli

Perah Kudrat Kayuh Basikal Demi ‘Si Bulus’, Lelaki Terharu Lihat Makcik Kongsi Rezeki Bagi Makan Kucing Jalanan

Biasakan kita dengar, ada individu tertentu yang luarannya tidaklah sekaya mana. Orangnya biasa-biasa, tapi hatinya jauh lebih baik daripada kita. Tidak dinafikan, salah seorang yang tergolong dalam golongan ini adalah mereka yang hidupnya sederhana tapi berhati budi.

Golongan jenis ini menyedari walaupun dia tidak mempunyai rumah sebesar banglo, kereta besar, tiada duit yang banyak, tapi menjadi satu keperluan untuk dia berbakti kepada makhluk lain seperti haiwan dan tumbuhan.

Ini kerana dia percaya, untuk melakukan kebaikan, tidak diwajibkan pun untuk memiliki segala harta yang banyak. Kerana segalanya bermula daripada hati yang bersih, maka pelbagai kebaikan yang akan dibuat seikhlas hati hatta sekecil-kecil batu sekalipun.

Begitulah yang terjadi dalam kisah ini apabila seorang pemuda bernama Mohd Al Afis Sulaiman terlihat kelibat seorang wanita tua di celahan lorong di pinggir bandar. Di penghujung usianya, wanita istimewa ini mengerahkan kudrat emasnya dengan berbakti kepada kucing jalanan yang memerlukan.

Gambar: Mohd Al Afis Sulaiman

Menurut satu perkongsian, difahamkan Mohd Al Afis menemui wanita tua ini di sekitar Teluk Intan, Perak baru-baru ini. Menariknya, wanita istimewa ini sangat rajin membawa sejumlah keperluan yang disandang di belakang basikalnya demi ‘perut’ si kucing tersebut.

Mari ikuti perkongsian ini.

Embah..wanita tua berhati mulia

#TelukIntan Moga murah rezeki Embah. Tiap-tiap hari pagi dan petang, Embah ni akan round pekan LANGKAP cari makhluk yang dipanggil kucing untuk diberi makan.

Kucing-kucing ni akan berkumpul bila nampak kelibat Embah. Yang besntnya, kucing-kucing ni bukan saja akan dapat biskut, kalau nasib baik ada ayam goreng dan ikan rebus.

Bila aku tanya, dalam bakul kat belakang tu apa Embah?

Gambar: Mohd Al Afis Sulaiman

Embah tu cakap, semua makanan kucing. Ada ayam, ikan, biskut kucing.

Ya Allah, baiknya Embah ni. Moga Allah balas budi baik Embah ni yang kita sendiri pun tak mampu nak buat macam Embah ni.

Perkongsian Mohd Al Afis Sulaiman

Gambar: Mohd Al Afis Sulaiman

Sumber: Mohd Al Afis Sulaiman melalui Perak Press

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'