Siakap Keli

(Video)Wajib Tahu, Ini 3 Benda Yang Perlu Diperiksa Lepas ‘Tinted’ Cermin Kereta

Bukan hanya setakat memandu semata-mata, banyak sebenarnya hal berkaitan kereta yang perlu anda tahu. Manakan tidak, setiap bahagian pada kereta memerlukan perhatian dan penjagaan yang rapi.

Justeru, kali ini SK akan berkongsikan kepada anda mengenai penjagaan cermin kereta selepas dipasang tinted. Mungkin ramai sebelum ini yang hanya membiarkan sahaja bahagian cermin kereta tersebut tanpa memeriksa beberapa perkara yang penting.

Menurut Madico, tinted sebenarnya memberi beberapa manfaat kepada kereta anda seperti dapat menyekat sinaran ultraviolet matahari yang boleh mempercepat penuaan kulit. Ia juga digunakan untuk mengelakkan cermin pecah jika ada objek yang ‘memukulnya’.

Tidak cuma itu, ia juga memberikan tahap privasi yang baik untuk anda ketika berada di dalam kereta. Tetapi, janganlah guna tinted yang terlalu gelap ya.

Berbalik kepada penjagaan cermin selepas dipasang tinted, pemilik bengkel kereta, James Alatin berkongsi mengenai tiga perkara yang perlu diperiksa.

Menurutnya, tingkap kereta tidak seharusnya diturunkan selama seminggu. Selain itu, heater line juga tidak dibuka sepanjang tempoh itu.

Yang paling penting, periksa tahap ketahanan tinted tersebut dengan menggunakan transmission meter.

Untuk memahami lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menonton video di bawah ini.

@james_alatin

Lepas pasang tinted ,check benda ini !!! #james_alatin #cermingelap #education #jombelajar #tiktokguru #tiktokmalaysia #tinted #learnontiktok #fyp

♬ original sound – James_Alatin – James_Alatin

Sumber: Madico, James_alatin

Sofea

There's always another side to every story