Siakap Keli
Gambar Via Google

Kalau Tingkap Kereta ‘Sangkut’ Tak Boleh Turun Naik, 3 Benda Ini Korang Kena Periksa Cepat

Setelah menggunakan kereta untuk bertahun lamanya, pasti banyak masalah yang akan mula muncul terutama pada bahagian tingkap kereta. Walaupun mungkin tingkap yang dibuka dan ditutup secara manual dilihat sangat rumit tetapi tingkap berkuasa (power windows) juga sebenarnya lebih ‘memeningkan’ kerana ia mempunyai lebih banyak komponen elektrik dan mekanikal.

Untuk membaikinya, anda memerlukan seseorang atau pakar yang mahir dengan sistem elektrik kereta anda. Namun, anda juga sebenarnya boleh mengenalpasti sendiri permasalahan tingkap tersebut dengan memeriksa beberapa perkakas pada sistem tingkap tersebut.

Menurut Lifewire, terdapat tiga sebab utama yang menyebabkan tingkap gagal berfungsi iaitu kerosakan pada fius, suis dan motor tingkap. Sesetengah masalah ini sangat mudah untuk diselesaikan sendiri manakala yang lain memerlukan alat khas dan mungkin memerlukan bantuan daripada pakar. Mari kita lihat penjelasan mengenai perkara tersebut di bawah ini.

1. Fius

Kebanyakan kereta mempunyai motor tingkap yang berada di litar yang sama. Ini bermakna ia mendapat tenaga dari fius yang sama, jadi jika fius mengalami litar pintas, semua tingkap berhenti berfungsi sekaligus.

Sesetengah kereta mempunyai beberapa kotak fius. Sekiranya anda tidak menjumpai kotak fius tersebut, anda boleh menghubungi pakar membaiki kereta. Apabila fius itu benar-benar didapati mengalami litar pintas, anda perlu menggantikannya dengan fius yang baharu yang mempunyai nilai voltan yang sama.

Apa yang penting, jangan menggantikan fius yang rosak tersebut dengan fius yang lebih besar kerana ia mungkin akan menyebabkan berlakunya kebakaran.

2. Suis

Beberapa kenderaan menggunakan suis kuasa yang sama untuk setiap tingkap. Sekiranya kenderaan anda seperti itu dan hanya ada satu tingkap yang tidak berfungsi, anda perlu mengeluarkan suis dari salah satu tingkap yang berfungsi.

Ganti suis sementara untuk tingkap yang tidak berfungsi dan cuba tutup tingkap. Jika ia tertutup, suis tersebut sememangnya bermasalah manakala jika ia tidak tertutup, ia mungkin diseebabkan oleh masalah pendawaian atau motor tingkap yang tidak baik.

3. Motor tingkap

Sekiranya fius dan suis berfungsi dengan baik, anda perlu memeriksa tenaga pada bahagian motor tingkap tersebut. Anda perlu membuka panel pada pintu dan mengeluarkan panel dalaman untuk mengakses motor.

Dengan panel pintu dimatikan, anda perlu menggunakan voltmeter untuk memeriksa kuasa pada motor. Dengan kunci pencucuhan pada kedudukan aksesori dan voltmeter anda disambungkan, aktifkan suis tingkap. Jika terdapat voltan pada motor tetapi ia tidak berfungsi maka motor tersebut sememangnya tidak berfungsi.

Tetapi, jika anda tidak mahir untuk memeriksa semua perkakas tersebut, anda boleh menghantar kereta ke bengkel untuk diperiksa dan dibaiki oleh individu yang lebih pakar.

Sumber: Lifewire

Sofea

There's always another side to every story