Siakap Keli

‘Uninstall’ Dan Muat Turun Semula MySejahtera Jika Hadapi Masalah Akses Laman Vaksinasi

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara.

Aplikasi ini membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri, pada masa yang sama membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat secara cepat dan berkesan.

Pengguna juga boleh mendaftar, mengemaskini dan memantau status vaksinasi masing-masing melalui laman yang tersedia di aplikasi MySejahtera.

Melalui ciapan terbaharu di laman Twitter rasmi MySejahtera, pengguna dinasihatkan untuk nyahpasang dan memasang semula aplikasi tersebut sekiranya anda mengalami masalah untuk mengakses pada laman vaksinasi.

Sumber: Twitter MySejahtera 

Eyla Azri