Siakap Keli

(Video) Leka Guna ‘Handphone’ Ketika Makan, Lelaki ‘Garu Kepala’ Tengok Makanan Kena ‘Kebas’ Dengan Kucing

Kucing sememangnya haiwan yang mempunyai perwatakan yang boleh menghiburkan ramai orang. Dengan telatah nakalnya, pelbagai kemungkinan boleh berlaku sehingga boleh menyebabkan seseorang garu kepala memikirkan perbuatan haiwan comel ini.

Perkara ini boleh dijelaskan menerusi satu rakaman video yang memaparkan seekor kucing menyelinap masuk ke sebuah kedai, sebelum ‘mencuri’ lauk daripada pinggan seorang lelaki.

Seperti rakaman tersebut, kucing tersebut pada mulanya memasuki ruang kedai menerusi bahawa bawah kabinet kaca tersebut sebelum kelihatan seperti meminta makanan.

Namun, disebabkan lelaki itu yang tidak mengendahkannya dan terus menggunakan telefon bimbit, kucing itu bertindak mengambil makanan dan membawanya lari. Apa yang menarik perhatian adalah apabila lelaki tersebut tercengang dan garu kepala melihat makanannya di bawa pergi oleh kucing tersebut.

Sumber: Makassar Info

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa