Siakap Keli

(Video) Sedang Ikhtiar Untuk Hamil? Ini 3 Cara Untuk Kesan Hari Subur Anda

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hampir setiap hari, kebanyakan wanita mengalami perkara yang sama iaitu masalah untuk mengira waktu kesuburan mereka tambah-tambah lagi bagi yang sudah berkahwin. Waktu kesuburan sangat penting bagi wanita yang sudah berumahtangga dan inginkan cahaya mata cepat.

Apa itu waktu subur?

Menurut Hellodoktor, waktu subur atau ovulasi bermaksud tempoh tertentu untuk telur anda disenyawakan dengan sperma atau telur tersebut akan mati. Para wanita mempunyai 20 peratus pelang untuk hamil ketika hari kesuburan tersebut kerana kebiasaannya tempoh ovulasi adalah antara 12 hingga 24 jam tetapi ada juga yang lebih pendek dan panjang.

Macam mana nak tahu waktu subur itu?

Untuk mengetahuui waktu subur tersebut, SK ingin kongsikan video menarik ini daripada pakar Nutrisi dan Kesuburan Wanita, Dr Syaza menerusi laman Facebooknya.

Berdasarkan penerangan di dalam video tersebut, beliau menunjukkan tiga cara untuk mengesan hari kesuburan dengan menggunakan:

  1. Ovulation predicted kit (opk)
  2. Ovulation thermometer
  3. Mengesan cecair faraj

Jadi, selamat mencuba dan cepat hamil. Panjatkan doa banyak-banyak kepada Sang Pencipta, kerana Dia pencipta segalanya di dunia dan akhirat.

Sumber: Syaza Nutritionist

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang