Siakap Keli

Bantuan Khas RM1,000 Kepada 213 Mangsa Yang Terlibat Dalam Kemalangan LRT – Pengerusi Prasarana

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan sebanyak RM1,000 bantuan khas akan diberikan kepada 213 mangsa yang terlibat dalam kemalangan LRT malam tadi, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika lawatan ke lokasi nahas di stesen KLCC pagi ini.

Semalam, seramai 213 penumpang dilaporkan cedera dengan 47 daripadanya parah apabila dua gerabak LRT bertembung di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC.

Susulan itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) dilaporkan akan menubuhkan pasukan panel penyiasat khas bagi mengenalpasti punca kemalangan tersebut.

Khidmat tren diteruskan seperti biasa hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, beliau juga berkata Prasarana beri jaminan akan menambah baik SOP perkhidmatan LRT.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.