Siakap Keli
Gambar: South China Morning Post

Jalan Raya Tiba-Tiba Meletup Dari Bawah, ‘Terbangkan’ 4 Orang Ke Udara

Ini adalah peristiwa yang menakutkan ketika jalan meletup dari bawah dan menyebabkan 4 orang melayang ke udara, lapor South China Morning Post.

Menurut sumber, ketika kejadian dilihat beberapa orang pekerja sedang melakukan kerja-kerja pembinaan di sebelah lubang. Namun, saat seorang penunggang motosikal melintasi mereka, lubang itu tiba-tiba terbakar dari bawah disusuli oleh letupan.

Kesannya, pekerja-pekerja dan orang yang berada berdekatan telah melayang ke udara manakala motosikal tersebut mengalami kerosakan teruk dan berkecai.

Jelas portal, empat orang yang cedera kini berada dalam keadaan stabil.

Pihak berkuasa tempatan kemudiannya mengeluarkan pengumuman berkenaan kejadian tersebut.

Pihak berkuasa tempatan Hongshan berkata, “Kami mengesyaki kemalangan itu berkaitan dengan penyelenggaraan saluran air bawah tanah. Keempat-empat orang yang cedera telah dihantar ke hospital. Tiada seorang pun daripada mereka berada dalam keadaan yang mengancam nyawa. Siasatan awal menunjukkan bahawa letupan itu bukan disebabkan oleh kebocoran gas asli, kerana tidak ada paip gas di bawahnya. Kes tersebut sedang disiasat lebih lanjut.”

Anda boleh menonton video letupan tersebut di SINI.

Sumber: South China Morning Post

Nurul Nabila