Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Bakal Disaksikan Petang Nanti, Ini Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan Untuk Umat Islam Di Malaysia

Malam ini, rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang dijangka akan bermula sekitar jam 7.15 petang dan berakhir pada jam 8.52  malam.

Bagi yang tidak tahu, fenomena ini berlaku ketika fasa bulan purnama di mana bulan, bumi dan matahari berada pada kedudukan yang hampir sejajar. Warna permukaan bulan juga akan mengalami perubahan dari warna putih bersinar ke merah-merahan.

Sempena fenomena ini juga, umat Islam dianjurkan untuk melakukan solat sunat gerhana bulan atau solat sunat Khusuf  selepas solat fardhu maghrib. Ia merupakan sunat mu’akkad iaitu sunat yang sangat dituntut.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menerangkan mengenai panduan ringkas solat sunat gerhana bulan ini untuk pengetahuan orang ramai.

Solat dua rakaat ini boleh dilakukan secara bersendirian dan lebih afdal jika dilakukan berjemaah. Tempoh solat pula ada bermula dari gerhana hingga tamat gerhana.

Mari lihat panduan yang diterangkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di dalam gambar di bawah ini.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-JAKIM

Sofea

There's always another side to every story