Siakap Keli

(Gambar) Gerhana Bulan Penuh, Warganet Kongsi Gambar ‘Super Flower Blood Moon’ Dari Halaman Rumah

Ramai rakyat Malaysia dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh atau dipanggil ‘Super Flower Blood Moon’ bermula sekitar jam 4.47 petang tadi dan berakhir kira-kira jam 9.50 malam ini.

Difahamkan, fenomena gerhana bulan penuh yang kali terakhir terjadi pada tahun 2018 itu boleh dilihat di kebanyakan kawasan di Semenanjung ketika fasa gerhana maksimum.

Manakala, bagi rakyat di Sabah dan Sarawak,  fenomena tersebut dilihat ketika proses pembentukan fenomena gerhana lebih awal iaitu apabila bulan mencapai fasa gerhana separa.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerusi laman web berkata, fenomena gerhana bulan penuh akan menyebabkan bulan kelihatan berwarna kemerahan selama kira-kira 14 minit pada fasa gerhana penuh.

Menerusi tinjauan di ruangan Twitter, rata-rata warganet termasuk dari negara jiran Indonesia dilihat berkongsi pelbagai gambar gerhana bulan berwarna kemerahan yang sempat dirakam mereka dari halaman rumah. Memang cantik!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Twitter

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.