Siakap Keli

“I’m Not A Robot,” Ramai Geram Dengan ‘reCAPTCHA’ Hari Ini, Tapi Ini Fungsinya Yang Ramai Tak Tahu

Tenang, tenang dulu. Ye, tahu korang tengah ‘tak puas’ hari dengan Recaptcha kan? Tambah-tambah lagi, bila ramai orang sukar nak daftar untuk suntikan vaksin AstraZeneca hari ini.

‘Saya bukan robot’ ini selalu keluar bila kita tengah layari laman web kan, sehinggakan ramai yang sakit hati dengan benda ini. Sebenarnya ada alasan kukuh kenapa ‘I’m Not Robot’ ini muncul dalam laman sesawang.

Sebelum korang marah-marah, jom kita ambil tahu fungsi reCAPTCHA ini wujud dalam laman sesawang Google.

Apa maksud CAPTCHA dan reCAPTCHA?

CAPTCHA merupakan istilah penuh bagi ‘Completely Automated Public Turing Test to Tell Computers and Human Apart’. Sistem ini dicipta oleh seorang profesor di sebuah universiti terkenal iaitu Universiti Carnegie dan IBM pada tahun 2000 sebelum ia dibeli sepenuhnya oleh Google pada tahun 2009.

CAPTCHA ini merupakan salah satu ujian untuk membezakan manusia dan robot. Hal ini demikian kerana, robot tidak dapat menyelesaikan masalah apabila diberi ujian tulisan yang condong dan huruf yang kabur serta pelik.

reCAPTCHA pula merupakan perkhidmatan percuma dari Google yang membantu dan melindungi laman web daripada di spam dan disalahguna. Ia dicipta mengikut perkembangan teknologi masa kini. Sebelum ini, CAPTCHA agak leceh dan mengambil masa yang lama untuk selesaikannya tambah-tambah lagi apabila seseorang mempunyai masalah penglihatan.

Kenapa wujud CAPTCHA dan reCAPTCHA?

Untuk pengetahuan korang semua, kenapa hal ini selalu berlaku adalah kerana bukan manusia sahaja yang melayari laman sesawang malah robot juga merupakan ‘pengguna’ setia.

Selain itu, aktiviti komen yang banyak juga membuatkan Google beranggapan penggunanya adalah robot. Oleh sebab itulah, munculnya ‘I’m Not a Robot’ untuk mengesahkan sama ada pengguna robot atau manusia.

Namun, apabila wujudnya reCAPTCHA ini, lain pula jadinya apabila menjadi kemarahan pengguna kerana perlu ‘melayan’ karenahnya untuk klik dua hingga tiga kali pada pilihan gambar yang dimintanya.

Akan tetapi, kewujudannya ini adalah untuk keselamatan web dan pengguna kerana segala data akan dihantar ke Google untuk dianalisis dan disahkan sama ada manusia ataupun robot.

Walaubagaimanapun, kaedah ini secara tidak langsung telah menyelesaikan masalah pengguna yang mempunyai masalah penglihatan dan mengurangkan masa untuk menyalin semula tulisan yang sukar tersebut.

Jadi, secara umumnya dua perkara ini wujud di laman sesawang adalah untuk mengenalpasti pengguna adalah robot ataupun manusia. Tetapi, kenapa ramai yang marah sangat dengan reCAPTCHA hari ini? Mungkin ia menganggu untuk kerja-kerja penting korang hari ini bagi mendapatkan slot vaksin AstraZeneca.

 

Sumber: Energise.co

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.