Siakap Keli
Gambar: Persatuan Seniman Malaysia

Pelakon Komedi, Ramassuntran Rengan Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

‘Pemergian’ insan seni tanah air yang disanjungi buat selama-lamanya membuatkan layar perak kita telah kehilangan satu lagi permata berharga.

Awal pagi tadi industri seni tempatan dikejutkan dengan kehilangan seorang pelakon, pelawak, penyanyi dan pengarah berbakat negara.

Seniman berdarah India, Ramassuntran Rengan, 57, dilapor telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar 2 hingga 2.30 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut kenyataan Persatuan Seniman Malaysia, mendiang sebelum itu mengalami masalah bengkak kaki dan dibawa ke bahagian kecemasan HKL antara pukul 12 ke 12.30 tengah malam (malam tadi).

Bagaimanapun sekitar satu jam kemudian doktor mengesahkan bahawa mendian Ramassuntran telah meninggal dunia. Dalam masa sama, mendiang dipercayai mempunyai sejarah masalah jantung.

Sumber: Persatuan Seniman Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'