Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Polis Dang Wangi Buka Kertas Siasatan Terhadap Pengerusi Prasarana, Didapati Tak Pakai Pelitup Muka Semasa Sidang Media Semalam

Polis daerah Dang Wangi akan membuka kertas siasatan terhadap Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman selepas didapati tidak memakai pelitup muka semasa sidang media berkaitan kemalangan tren semalam, lapor Bernama.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Polis Daerah Dang Wangi, siasatan dijalankan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 17 (1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021.

Tajuddin dilihat tidak memakai pelitup muka semasa mengadakan sidang media setelah selesai meninjau kemalangan melibatkan tren di stesen LRT KLCC, Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua yang terlibat dalam kes ini akan dipanggil ke ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

“Kertas siasatan akan diserahkan kepada pendakwa raya apabila siasatan selesai dijalankan,” kata kenyataan itu.

Gambar Via Polis Dang Wangi
Gambar Via Polis Dang Wangi

Sumber: Bernama Tv, Polis Dang Wangi

Sofea

There's always another side to every story