Siakap Keli

Tak Mampu Nak Pasang ‘Air-Cond’, Ini Cara Nak Sejukkan Rumah, Hanya Guna Barang Dari Shopee Ini

Bagi mengelakkan dari cuaca panas, kebanyakan dari kita akan memasang pendingin hawa atau ‘air cond’ di rumah terutamanya di bilik tidur. Jangan katakan siang, malam pun tilam boleh basah dengan peluh dek bahang yang melampau.

Namun begitu, jika aircond dipasang dalam jangka masa panjang setiap hari, pastinya menelan bil eletrik yang tinggi. Tambahan pula jika terdapat aircond yang banyak di rumah, sakit setiap bulan nak bayar bil!

Oleh itu, lelaki ini menerusi Group FB Tukang Apa Hari Ini memberikan tips mengenai cara-cara ‘menyejukkan’ rumah sebelum memasang aircond kerana dipercayai boleh mengelakkan bil eletrik dari melambung tinggi.

Hanya menggunakan barang yang mudah tetapi memerlukan sedikit kemahiran memasang aluminum foil di atas bumbung. Boleh dicuba, mana tahu teknik ini berjaya untuk menyejukkan rumah anda.

Selamat tengahari semua.. Terima kasih kepada yang share ilmu. Moga dimurahkan rezeki selalu.. maaf saya bukan tukang atau kontraktor. DIY sebab budget pon tak seberapa.

Duk survey cara nak sejukkan rumah sebelum pasang aircond dan ventilation fan. Ni first step letak aluminum foil (beli kt shoppe).

Tapi style rumah lama, bahagian bilik, bawah genting terus siling so tak ada ruang nak masuk macam kebiasaan. Survey ada tiga cara, satu; buka bumbung, dua; buka siling, tiga; tampal je kat siling.. Tapi semua cara ni tak sesuai.

So dok fikir punya fikir, last dapat la idea macam mana nak buat. Guna pvc pipe.. Macam jolok buah mangga.. hahahaha.. jolok sampai ke papan manis kat luar, pastu stapler je.. Kena buat pagi-pagi, kalau matahari naik baru buat mau berkicap kat atas tu..

Keadaan bilik masa tengahari lebih 40° (anggaran saya guna temperature biasa je) memang tak selesa. So sekarang suhu dah normal suhu bilik, next baru pasang aircond baru la jimat eletrik..

Sumber: Oyeasaari Nordin via FB Group Tukang Apa Hari Ini

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.