Siakap Keli

Gara-gara Takut Untuk Divaksin, Penduduk Kampung Di India Nekad Terjun Sungai Saryu

INDIA- Penduduk kampung di India melarikan diri dari rumah dan antaranya melompat ke sungai berdekatan bagi menghindari daripada suntikan yang didakwa “suntikan beracun”.

Pada 26 Mei, Newsweek melaporkan bahawa kejadian itu berlaku apabila setibanya pasukan perubatan India berkunjung ke kampung itu bagi memberikan suntikan vaksin COVID-19.

Dilaporkan sekitar 200 penduduk kampung di salah satu daerah di Uttar Pradesh, India meninggalkan rumah mereka. Mereka berbuat demikian ketika pasukan perubatan kesihatan tiba bagi melancarkan kempen vaksin COVID-19 pada 22 Mei.

“Kami tiba  ke kampung ini bersama pasukan perubatan yang lain bagi memvaksinasikan penduduk kampung. Bagaimanapun ketika kami mendekati mereka, banyak diantara mereka yang melarikan diri,” kata petugas sub-divisi (SDM), Rajiv Shukla, menurut Times of India.

India Times pula melaporkan terdapat beberapa penduduk yang lari dari petugas perubatan dengan melompat ke Sungai Saryu.

“Adakah jaminan bahawa kita akan terhindar dari penyakit itu setelah divaksin? Ramai yang terburu-buru mengambil suntikan vaksin namun, tertular juga,” kata seorang petani, Shinshupal.

Menurut Kompas.com, hanya 14 orang daripada sekitar 1,500 dari penduduk kampung yang bersetuju untuk divaksin pada 22 Mei.

Sumber: Kompas.com

Atiqah Aliah