Siakap Keli
Gambar: Google

Tiada Isu Potong Barisan, Pasangan Selebriti Terima Suntikan Vaksin Berdasarkan Kepada Rujukan Doktor Pakar, Atas Masalah Kesihatan & Dikategorikan Dalam Kumpulan Berisiko Tinggi

Dakwaan tular seorang selebriti bersama pasangannya yang didakwa telah memotong barisan untuk divaksinasi di Ipoh baru-baru ini adalah tidak benar.

Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Dr. Abdul Malek Osman sebaliknya berkata, kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada pasangan tersebut adalah berdasarkan rujukan doktor pakar yang telah merawat mereka atas masalah kesihatan serta komorbid yang dihadapi.

“Tiada isu potong barisan dalam pemberian suntikan vaksin ini.

“Dan pasangan ini telah dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pasangan tersebut dilapor sudah pun menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di hospital berkenaan pada 25 Mei kelmarin.

Sebelum itu Abdul Malek berkata, semua pesakit atau pelanggan yang dirujuk kepada PPV telah menjalani pemeriksaan awal iaitu ‘Pre Vaccination Assesment’ (PVA) yang hanya boleh didapati di klinik-klinik pakar perubatan hospital.

Malah tambahnya, PPV HRPB hanya memberi suntikan vaksin kepada mereka yang telah dirujuk dan tidak melakukan PVA tersebut di fasiliti PPV hospital berkenaan.

“Pemberian suntikan vaksin bagi fasa kedua telah diberikan keutamaan kepada golongan berumur 60 tahun ke atas dan individu mempunyai komorbiditi serta golongan yang berisiko tinggi,” jelasnya.

Sumber: KKM

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'