Siakap Keli

Pakej Bantuan Untuk Rakyat Dan Sektor Ekonomi Yang Terkesan Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat

Susulan daripada keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh ekonomi dan sosial, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.

Hal ini dijelaskan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Bagaimanapun, pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat dalam masa terdekat.

Semua rakyat Malaysia dinasihatkan untuk terus berdisiplin dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. Yang terbaik adalah duduk di rumah atau Stay at home untuk bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19.

 

Sumber: FB Muhyiddin Yassin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang