Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jika di Malaysia ada terowong merentasi bukit, di Osaka, Jepun ada lebuhraya yang merentasi bangunan setinggi 16 tingkat.
Mungkin kedengaran mustahil, tetapi inilah hasil pembangunan Gate Tower Building yang siap dibina sekitar tahun 1992.
Menurut The Culture Trip, kisah di sebalik lebuhraya dan bangunan itu bermula apabila pemilik perniagaan Suezawa Sangyo membeli hartanah di lokasi tersebut pada penghujung abad ke-19.
Namun, seiring dengan peredaran masa, keadaan hartanah yang dibeli semakin teruk terjejas sehinggalah tidak lagi dapat diperbaiki.
Kontroversi berlaku apabila syarikat itu ingin membangunkan semula lokasi berkenaan pada 1983, namun pada masa yang sama syarikat pembangunan jalan raya telah meletakkan lokasi itu dalam pelan pembangunan susur keluar lebuhraya Hanshin Espressway yang bersambung dengan pusat bandar Osaka.


Tambah The Culture Trip, pembinaan bangunan dan lebuh raya itu bermula pada 1989 dan berakhir pada 1992.
Disebabkan ia bangunan pertama yang mempunyai lebuhraya di dalamnya di Jepun, pelbagai undang-undang perancangan bandar dan lebuhraya telah diubah suai untuk membolehkan struktur itu dibina.
Bagi memastikan para pekerja di dalam bangunan itu dapat bekerja tanpa gangguan, dinding dan lantai bangunan tersebut telah dibina dengan teknologi kalis bunyi mengelilingi kawasan lebuhraya berkenaan.
Malah, lebuhraya yang menggunakan tingkat 5 hingga 7 itu tidak dikelilingi ruang pejabat, sebaliknya dikelilingi lif dan mesin.
Jika anda berkunjung ke sana, anda akan mendapati lif terus melangkau daripada tingkat empat terus ke tingkat lapan.