Siakap Keli
Gambar: Shopee/Nosyopotato

Harga Cecah RM200, Ada Yang Jual Semula Pembungkus ‘BTS Meal’ Dalam Talian, Harga Boleh Runding Siap Sanitasi

Bila dah minat, pasti seseorang itu akan berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajatinya. Seperti yang tular beberapa hari ini mengenai BTS Meal yang dijual di restoran makanan segera McDonald, ramai peminat-peminat kumpulan itu yang sanggup beratur panjang untuk membelinya.

Apabila membeli set tersebut, pembeli akan diberikan bungkusan yang mempunyai warna berbeza seperti biasa dan logo kumpulan terkenal itu.

Malah, para peminat juga sanggup membasuh dan menyimpan bungkusan tersebut sebagai koleksi mereka. Tak kurang juga ada individu yang mengambil peluang menjual semula bungkusan itu di platform perniagaan atas talian seperti Shopee, Lazada dan Carousell.

Hasil tinjauan, terdapat bungkusan yang dijual pada harga mencecah RM200 biarpun set asal hanya berharga RM17.83 di laman rasmi McD. Dianggap sebagai barangan jarang jumpa, tidak hairanlah jika ada yang ingin membeli kotak kosong, cawan serta beg kertas pembungkus makanan itu untuk dijadikan kenangan.

Shopee

Lazada

Carousell

Hasil tinjauan mendapati terdapat bungkusan yang dijual pada harga mencecah RM200. Menurut penjual, barangan itu juga telah disanitasi dengan semburan Dettol sebelum dijual.

Sumber: Shopee, Lazada, McDonald

Amira

Love yourself.