Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Kelibat Anak Patung ‘Berhantu’ Sedang ‘Bermain’ Buaian Buatkan Penduduk Seram, Tak Berani Tegur Sebab Takut ‘Nasib Buruk’

Penduduk di sebuah perkampungan di Queensland Utara ditakutkan dengan kewujudan sebuah patung kanak-kanak perempuan yang duduk di atas buaian berhampiran sebuah paya bakau.

Memetik Daily Mail, para penduduk percaya objek tersebut boleh membawa nasib buruk dan menjadi penyebab insiden seram yang berlaku di sana.

“Semua orang tahu tentang patung itu, tapi tiada sesiapa yang nak bercakap tentangnya,” kata salah seorang penduduk.

Kredit: Daily Mail

Katanya, tiada sesiapa tahu dari mana ia datang dan bagaimana patung itu boleh duduk di atas buaian berkenaan.

Para penduduk percaya, masalah seperti kerosakan motor atau kehilangan peralatan memancing di lokasi itu berkait dengan patung berkenaan.

“Saya dengar kisah ada orang yang mendekati patung itu mengalami nasib malang ketika pergi menaiki bot atau memancing.

“Ia mungkin tidak berkaitan atau sekadar kisah dari mulut ke mulut, tapi saya tidak berani bermain-main dengannya,” kata Dametto, salah seorang penduduk tempatan.

Malah, mereka juga percaya bahawa satu ‘teguran’ kepada patung tersebut boleh menyebabkan nasib malang.

BACA: Anda Boleh Dapat Bekalan Runcit Percuma Selama 6 Bulan, Ini Caranya

Kredit: Daily Mail
Kredit: Daily Mail

Sumber: Daily Mail

BACA: “Teringat Dulu2 Mak Sahut Nama Je Terus Datang”, Iklan Raya Air Selangor Terpaling Sedih, Kisah 1 Syawal Tanpa ‘Syurga’

BACA: Sebut Sahaja ‘Tokyo’ Terus Terbayang Kota Metropolitan, Rupanya Ada Keindahan Alam ‘Tersembunyi’

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.