Siakap Keli

(Video) Hasil Penat Lelah Lima Tahun Menabung, Ibu Ini Beli Motosikal Guna Duit Syiling

Sikit-sikit, nanti lama-lama jadi bukit. Itu peribahasa yang sering menjadi ungkapan ibu bapa bagi menggalakkan anak-anak untuk menabung.

Walaupun dalam jumlah yang kecil, tabiat menabung sebenarnya memberikan seribu satu kebaikan kepada semua orang terutama apabila berada dalam keadaan yang memerlukan. Dengan cara ini juga, setiap orang boleh mendapatkan apa yang diinginkan dengan hasil usaha sendiri.

Sama seperti kisah wanita yang tular di TikTok di Indonesia sejak beberapa hari yang lalu. Dia dikatakan telah berjaya membeli sebuah motosikal hasil daripada menabung sejak lima tahun yang lalu.

Apa yang menarik perhatian, motosikal itu dibayar dengan menggunakan duit syiling yang disimpan olehnya.

Beli motor pakai koin

@siwipanca

fyp… beli motor pakai koin… ibu ini nabung selama 5 tahun…😍😍

♬ Shalawat – UNGU

@siwipanca

Beli Motor pakai koin gaesss….😘😘😘😍😍

♬ Terpesona – Bulan Sutena

Menerusi video itu, wanita itu dilihat menyerahkan duit syiling yang dibawanya dalam satu kotak.

Para pekerja di kedai motosikal  itu pula dlihat sedang sibuk mengira kesemua duit syiling itu. Pasti mengambil masa yang lama kerana duit syiling tersebut kelihatan sangat banyak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kegigihan dan usaha wanita itu yang sudah menabung sejak sekian lama. Ada juga yang memuji pekerja di kedai motosikal tersebut kerana melayani wanita itu dengan baik.

Sumber: Siwi Panca

Sofea

There's always another side to every story