Siakap Keli
Gambar: Facebook

Tular Foto Budak Menangis Kerana Hamster Mati, ‘Makhluk’ Disebalik Tiang Ni Pula Dikatakan Suspek Utama

Umumnya, sudah menjadi naluri kucing suka memburu burung, tikus dan haiwan yang lebih kecil darinya.

Malah, tindakan kucing membawa pulang hasil tangkapan mereka dipercayai merupakan salah satu cara haiwan itu memberi ‘hadiah‘ kepada tuannya. Namun, bagaimana jika ‘hadiah’ yang dibawa pulang itu adalah hamster peliharaan sendiri?

Dalam kiriman dikongsikan sebuah akaun Facebook di Thailand, seorang kanak-kanak dilihat menangis sakan selepas melihat hamster kepunyaannya mati. Dalam perkongsian sama, pemilik akaun turut menyertakan gambar seekor kucing yang seakan ‘bersembunyi’ di sebalik tiang, membuatkan ramai percaya ia adalah ‘suspek’ di sebalik kematian hamster tersebut.

Walau bagaimanapun, tidak diketahui sama ada benar ataupun kisah ini hanya direka semata-mata untuk hiburan, perkongsian foto tersebut nyata membuatkan ramai terhibur melihat foto kucing tersebut.

Tak tahu nak menangis atau ketawa

Tak tahu nak kasihan yang mana

“Maaf, saya hanya bergurau..”

Sumber: Facebook, The Spruce Pets

BACA: Sebut Sahaja ‘Tokyo’ Terus Terbayang Kota Metropolitan, Rupanya Ada Keindahan Alam ‘Tersembunyi’

BACA: Anda Boleh Dapat Bekalan Runcit Percuma Selama 6 Bulan, Ini Caranya

Amira

Love yourself.