Siakap Keli

Dilapor Hilang Selama 11 Tahun, Wanita Rupanya Tinggal Di Rumah Kekasih & Jarak Cuma 500 Meter Dari Rumah Keluarganya

INDIA- Seorang remaja berusia 18 tahun dilaporkan hilang dari kampung Ayalur, Palakkad 11 tahun lalu ditemui tinggal hanya 500 meter dari rumah keluarganya.

Wanita itu rupanya tinggal bersama kekasihnya dan ibu bapanya tidak pernah terjumpa gadis itu walaupun tinggal berdekatan.

Sajitha pada mulanya tinggal secara ‘rahsia’ di sebuah bilik di rumah keluarga kekasihnya tanpa pengetahuan keluarga kepada teman lelakinya itu.

Kerana berbeza agama, pasangan itu khuatir untuk mendedahkan hubungan mereka kepada keluarga masing-masing.

Sajitha yang sekian lama menghilang, berjaya ditemui selepas teman lelakinya, Alinchuvattil Rahman yang berusia 34 tahun dilaporkan ‘hilang’ kira-kira tiga bulan lalu dan keluarganya membuat laporan.

Rahman sebelum itu bertindak keluar dari rumah keluarganya kerana berlaku salah faham dan bertindak keluar dari rumah berkenaan bersama Sajitha secara senyap-senyap.

Suatu hari, abang kepada Rahman, Basherr secara tidak sengaja terserempak dengan Rahman dan mengikuti jejaknya. Hasilnya, mereka menemui Rahman dan Sanjitha tinggal menyewa bersama di kampung sebelah.

The Indian Express melaporkan bahawa polis datang dan membawa pasangan itu untuk dihadapkan ke mahkamah tempatan.

Sajitha meninggalkan rumahnya pada malam Februari 2010 dan memasuki rumah Rahman. Polis mencarinya namun tidak berjaya menjumpainya.

Ketika kejadian, Sajitha tidak mempunyai telefon bimbit.

“Tiada yang tahu mengenai hubungan mereka,” kata pegawai itu.

“Rahman merupakan seorang pelukis rumah dan mempunyai bilik berasingan serta dibiarkan terkunci. Dia juga tidak membenarkan orang memasuki bilik itu,” kata Basheer.

Selain itu, ibu bapa Rahman juga jarang menganggunya kerana dia sering marah-marah.

“Kadang-kalanya dia berkelakuan seperti pesakit mental. Dia betukar ‘ganas’ apabila ada yang cuba memasuki ruang tersebut,” tambahnya.

Seorang jiran berkata, dia mengesyaki bahawa Rahman mempunyai masalah mentah dan seorang introvert.

Dikatakan bilik tersebut tiada tandas dan Sajitha terpaksa keluar melalui tingkap pada waktu malam atau ketika tiada orang dirumah tersebut.

Rahman memberitahu mahkamah bahawa dia takut keluarganya membantah Sajitha tinggal bersama dan bertindak menyembunyikan Sajitha.

Sumber: The Indian Express 

Atiqah Aliah