Siakap Keli
Gambar Via Bunga Js Reena

“Tunggu Mama Di Pintu Syurga,” Ibu Luah Kesedihan, Anak Usia 10 Bulan Meninggal Dunia Kerana Jangkitan Paru-paru

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hati ibu mana yang tidak remuk apabila anak kesayangan yang dikandung selama sembilan bulan telah pergi buat selamanya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Tidak akan pernah mampu digambarkan perasaan yang terbuku di dalam hati, hanya yang pernah melalui perkara sama dapat merasainya. Lebih memilukan, ada sesetengah ibu bapa yang tidak berpeluang untuk melihat anak tersebut membesar.

Sama seperti yang dialami oleh wanita ini yang kehilangan anak perempuannya yang baru berusia 10 bulan. Menerusi perkongsiannya di Facebook, Bunga Js Reena mengatakan bahawa anaknya, Airisthea Nur Inara telah meninggal dunia pada 8 Jun yang lalu.

Meluahkan rasa pilu yang menyelubunginya, Bunga juga mengatakan bahawa anaknya itu mengalami jangkitan di dalam paru-paru dan dimasukkan ke ICU pada 10 Mei.

Ikuti lebih lanjut mengenai perkongsiannya di bawah ini.

Dengan penuh rasa berat hati dan dukacita dimaklumkan puteri kesayangan kami Airisthea Nur Inara binti Wirman 31/07/2020-08/06/2021 bidadari kecil syurga yang singgah sebentar dalam hidup mama selama 10bln 8hari, thea seorang anak yang sangat sempurna. Putih gebu, comel pipi merah, tinggi. Setiap mata yang memandang thea mesti akan geram dengan kecomelan thea.

Gambar Via Bunga Js Reena

Tempat thea bukan di sini, tempat thea sana di syurga, mama tau thea penat.. thea kuat dan bertahan pun untuk mama. 10/05/2021 thea dimasukkan ke ICU thea sesak nafas disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru. Mama ingat itulah kali terakhir mama jumpa thea tapi thea kuatkan semangat untuk sembuh supaya mama dapat jaga thea selama 3 minggu dalam wad.

Sepanjang dalam wad thea sama-sama mama thea sihat dan happy ja dengan mama. Thea nda kasih tunjuk pun thea sakit rupanya thea mau luangkan masa dengan mama manja-manja dengan mama sebelum thea pergi jauh tinggalkan mama.

Gambar Via Bunga Js Reena

Mama redhakan thea pergi nakkk, mama tau cukup sudah thea menanggung sakit dan tersiksa. Mama halalkan rahim mama, mama halalkan susu mama, mama halalkan semua makan minum thea. Damailah thea disana, tunggu mama di pintu syurga.

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

“Allahummaghfirlaha warhamha wa’afihi wa’fuanha”. Ya Allah ampuni dia,rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, Ya Allah tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah

‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Pemergian anaknya itu juga turut mendapat perhatian dari warganet. Mereka mengucapkan takziah dan mendoakan agar arwah adik Thea ditempatkan di syurga.

Sumber: Bunga Js Reena

Sofea

There's always another side to every story